IMAN DAN TAKWA


Di dalam al-quran kita akan berjumpa dengan beberapa surat yang di mulai dengan huruf-huruf seperti ini:-

Alif-Lam Mim Alif-Lam-mim-shad Alif-Lam Mim-Ra Kaf-ha-ya-ain-shad

Ha-mim Ain-sin-qaf Tha-ha Tha-sin-mim

Tha-sin Ya-sin Shad Qaf Nun

Baik penafsir lama, ataupun penafsir zaman-zaman akhir membicarakan tentang huruf-huruf ini menurut cara mereka sendiri-sendiri, tetapi kalau disimpulkan terdapatlah dua golongan. Pertama ialah golongan yang memberikan arti sendiri daripada huruf-huruf itu. Yang banyak memberi arti ialah penafsir sahabat yang terkenal, Abdullah b Abas. Sebagai Alif-Lam-mim ini satu tafsir dari Ibnu Abbas menerangkan bahawa ketiga huruf itu adalah isyarat kepada tiga nama: Alif untuk nama Allah, Lam untuk Jibrail dan Mim untuk Nabi Muhammad saw. Dan tafsir Ibnu Abbas juga yang mengatakan arti Alif-Lam-Ra ialah Alif berarti Ana iaitu aku, Lam berarti Allah dan Ra berarti Ara menjadi (Anal-Lahu-Ara): Aku adalah Allah, Aku melihat. Demikianlah setiap huruf-huruf itu ada tafsirnya belaka menurut riwayat yang dibawakan orang daripada Ibnu Abbas.

Meurut Riwayat dari al-Baihaqi dan Ibnu Jarir yang diterima dari sahabat Abdullah bin Masud, bahawa beliu inipun pernah menyatakan bahawa huruf-huruf Alif-Lam-Mim itu adalah diambil dari nama Allah, malahan dikatakannya bahawa itu adalah dari Ismullahi al-Azham, nama Tuhan Yang Maha Agung. Rabi’ bin Anas (sahabat Rasulullah ) mengatakan bahawa Alif-Lam-Mim itu adalah tiga kunci: Alif kunci dari namanya Allah, Lam kunci dari namanya, Lathif, Mim kunci dari namanya Majid. Lantaran itu maka tafsir semacam inipun pernah dipakai oleh Tabi’in iaitu Ikrimah, as-Syabi, as-Suddi, Qa-tadah, Mujahid dan Al-hasan al-Bishri.

Tetapi pendapat yang kedua berkaa bahawa huruf-huruf di pangkal Surat itu adalah rahasia Allah, termasuk ayat mutasyabih yang kita baca dan kita percaya, tetapi Tuhan yang lebih tahu akan artinya. Dan kita baa tiap-tiap huruf itu menurut bunyi ucapannya dalam lidah orang Arab serta dipanjangkan.

Riwayat kata ini diterima dari Saiyidina Abu Bakar as-Shiddiq sendiri, demikian juga dari Ali bin Abi Talib. Dan menurut riwayat dari Abul-Laits as- Samarqandi, bahawa menurut Umar b Khathab dan Usam bin Affan dan Abdullah b Masud, semuanya berkata: Huruf potongan itu tertutup buat ditafsirkan. Dan Abu hatim berkata: Di dalam al-quran kita tidak mendapat huruf-huruf, melainkan dipangkal beberapa surat, dan tidaklah kita tahu apa yang dikehendaki Allah dengan dia.

Sungguhpun demikian, masih juga ada ahli-ahli tafsir yang tertarik membuat pengertian sendiri tentang rahsia-rahsia huruf-huruf itu. Abdullah b Masud, dari kalangan sahabat Rasulullah saw di satu riwayat, berpendapat bahawa beliu sefaham dengan Umar bin Khathab dan Usman bin Affan tadi, ia itu menyatakan tak usah huruf-huruf itu dirtikan. Tetapi diriwayat yang lain, pernah belaiu menyatakan bahawa ALIF-LAM-MIM adalah mengandungi ismul-lahi al-A’zham (Nama Allah yang agung). As Syabi , Tabiin yang terkenal, di satu riwayat tersebut bahawa beliau berkata huruf-huruf itu adalah rahsia Allah belaka. Tetapi di lain riwayat terdapat bahawa belaiu pernah memberi arti Alif-Lam-Mim itu dengan Allahu, Lathifun, Majidun, (Allah, Maha,Halus, Maha, Utama)

Ada pula segologan ahli tafsir menyatakan bahawasanya huruf-huruf di awal surat itu adalah sebagai pemberitahuan, atau sebagai panggilan untuk menarik perhatian tentang ayat-ayat yang akan turun mengiringinya.

Riwayat yang terbanyak memberinya arti ialah daripada Ibnu Abbas. Adapun perkataan yang shahih daripada Nabi saw sendiri tentang arti huruf-huruf itu tidaklah ada. Kalau ada tentu orang sebagai Abu Bakar As-Shiddiq, Umar b Khathab, Usman b Affan dan Ali Ali b Abi Talib tidak akan mengeluarkan pendapat bahawa huruf-huruf itu tidak dapat diertikan, sebagai kita sebutkan di atas.

Nyatalah bahawa huruf-huruf itu bukan kalimat bahasa, yang bisa diartikan. Kalau dia suatu kalimat yang mengandungi arti, niscaya tidak akan ragu-ragu lagi seluruh bangsa arab akan artinya. Oleh sebab itu maka lebih baiklah kita terima saja huruf-huruf itu menurut keadaannya. dan jika kita salinkan arti-arti atau tafsir yang dikemukakan oleh Ibnu Abbas atau yang lain-lain, hanyalah semata-mata menyalin riwayat saja, dan kalau kita tidak campur tangan tidaklah mengapa. Sebab akan mendalami isi al-quran tidaklah bergantung daripada mencari-cari arti dari huruf-huruf itu. Apa lagi kalau sudah dibawa pula kepada arti rahsia-rahsia huruf, angka-angka dan tahun, yang dijadikan semacam ilmu tenung yang dinamakan simiaa’, sehingga telah membawa al-quran terlampau jauh daripada pangkalan asli.

1:2 -Inilah Kitab itu, tidak ada sebarang keraguan padanya, satu petunjuk bagi oarng-orang yang hendak bertakwa.

Inilah dia kitab allah itu, Inilahdia al-quran, yang mestipun seketika ayat ini diturunkan belum merupakan sebuah naskah atau mushhaf berupa buku, namun setiap ayat dan surat yang turun sudah mulai beredar dan sudah mulai ada yang patut diragukan. Dia benar-benar wahyu dari Tuhan, dibawa oleh Jibaril, bukan dikarang-karangkan saja oleh Rasul yang tidak pandai menulis dan membaca itu. Dia menjadi petunjuk untuk orang yang ingin bertakwa atau Muttaqin.

Kita baru saja selesai membaca Surat al-fatihah. di sana kita telah memohon kepada tuhan agar ditunjuki jalan yang lurus, jalan orang yang diberi nikmat, jangan jalan orang yang dimurkai atau orang yang sesat. Baru saja menarik nafas selesai membaca surat itu, kita langsung kepada surat al-baqarah dan kita langsung kepada ayat ini. Permohonan kita di surat al-fatihah sekarang diperkenenkan. Kamu bisa mendapat jalan yang lurus, yang diberi nikmat, bukan yang dimurkai dan tidak yang sesat, asal saja kamu suka memakai pedoman kitab ini. Tidak syak lagi, dia adalah petujuk bagi orang yang suka bertakwa.

Apa arti TAKWA? Kalimat takwa diambil dari rumpun kata wiqayah artinya memelihara. memelihara hubungan yang baik dengan tuhan. memelihara diri jangan sampai terpesorok kepada suatu perbuatan yang tidak diridhaikan oleh tuhan. Memeliharan segala perintahnya supaya dapat dijalalkan. Memelihara kaki jangan terpesorok ke tempat yang lumpur atau berduri. Sebab pernah ditanyakan orang kepada Rasulullah saw, Abu Hurairah ra, apa erti takwa? Beliau berkata: Pernahkah engaku bertemu jalan yang banyak duri dan bagaimana tindakan mu waktu itu? Orang itu menjawab:- Apabila aku melihat duri, aku mengelak ke tempat yang tidak ada duri atau aku melangkahi atau aku mundur. Abu Hurairah menjawab:- Itulah dia takwa! (riwayat Dari Ibnu Abid Dunya).

Takwa adalah adalah perlaksanaan dari iman dan amal shalih. Mestipun di satu-satu waktu ada juga diartikan dengan takut, tetapi terjadi yang demikian ialah pada susunan ayat yang cenderung kepada arti yang terbatas itu saja. Padahal arti takwa lebih mengumpul akan banyak hal. bahkan dalam takwa terdapat juga berani! Memelihara hubungan dengan tuhan, bukan saja kerana takut, tetapi lebih lagi kerana ada kesadaran diri, sebagai hamba.

Lalu diterangkan sifat atau tanda-tanda dari orang yang bertakwa itu, yang kita dapat menilik diri kita sendiri supaya memeunhinya dengan sifat-sifat itu:-

1:3 Mereka yang percaya kepada yang ghaib, dan mereka yang mendirikan sembahyang, dan dari apa yang kami anugerahkan kepada mereka, mereka dermakan.

Percaya kepada yang ghaib. Yang ghaib ialah yang tidak dapat disaksikan oleh pancaindera; tidak nampak oleh mata, tidak terdengar oleh telinga, iaitu dua pancaindera yang utama dari kelima pancaindera kita. Tetapi dia dapat dirasa adanya oleh akal. Maka yang pertama sekali ialah percaya akan adanya hari kemudian, iaitu kehidupan kekal yang sesudah dibangkit dari maut.

Iman bererti percaya, iaitu iaitu pengakuan hati yang terbukti dengan perbuatan yang diucapkan oleh lidah menjadi keyakinan hidup. Maka iman akan yang ghaib itulah tanda pertama atau syarat pertama dari takwa tadi.

Tersebut di dalam hadis sebuah hadis yang dirawikan oleh Imam Ahmad, ad-darimi, al-Baqawardi dan Ibnu Qani di dalam Majma’ush Shahabah dan ikut juga merawikan oleh Imam Bukhari di dalam Tarikhnya dan At Thabarani dan al-Hakim, mereka meriwayatkan daripada Abi Jumah al-Anshari:-

Berkata dia (Abu Jumah al-Anshari):; Aku bertanya: ya Rasullulah saw:- Adakah suatu kaum yang lebih besar pahalanya daripada kami, padahal kami beriman kepada engkau dan kami mengikut akan engaku? Berkatalah beliau: Apalah akan halangannya bagi kamu (buat beriman kepada ku), sedang Rasulullah saw ada dihadapan kamu, dan datang kepada kamu wahyu(langsung) dari langit. Tetapi akan ada lagi suatu kaum yang akan datang sesudah kamu, datang kepada mereka kitab Allah yang ditulis diantara dua luh, maka merekapun beriman kepadaku dan mereka amalkan apa yang tersebut di dalamnya. Mereka itu adalah lebih besar pahalaanya daripada kamu.

Dan dikeluar pula oleh At-Thayalisi, Imam Ahmad dan Bukhari di dalam Tarikhnya, At Thabarani dan al-Hakim, mereka riwayatkan daripada Abu Umamah al_Baihili.

Berkata dia (Abu Umamah) berkata Rasulullah saw. Bahagilah bagi siapa yang melihat aku dan beriman kepadaku dan berbahagialah bagi siapa yang beriman , padahal dia tidak melihat aku.

Hadis ini dikuatkan lagi oleh yang dirawikan Imam Ahmad. Ibnu Hibban dari Abu Said al-Khudri:-

Bahawasanya seorang laki-laki berkata Rasulullah saw. Bahagia bagi siapa yang melihat engkau dan beriman kepada engkau. Beliau pun menjawab: bahagialah bagi siapa yang beriman kepadaku; dan berbahgialah bagi siapa yang beriman kepdaku, padahal dia tidak melihat aku.

Kita tidak melihat wajah belaiu. Bagi kita beliau adalah ghaib. Kita hanya mendengar berita dan sejarah atau bekas-bekas tempat beliau hidup di Makkah, namun bagi setengah orang yang beriman, demikian cintanya kepada Raulullah saw, sehingga dia merasa seakan-akan Rasulullah saw itu tetap hidup, bahkan kadang-kadang titik airmatanya kerana terkenang akan Rasulullah saw dan ingin hendak menjadi ummatnya yang baik dan patuh, ingin mengerjakan sunnahnya dan memberikan segenap hidup untuk melanjutkan agamanya. Maka orang beginipun termasuk orang yang mendalam keimanannya kepada yang ghaib.
Maka keimanan yang ghaib pun turut dengan sendirinya dengan mengerjakan sembahyang.

Sumber : email

4 responses to this post.

  1. Posted by Abdurahman al Jawi on April 16, 2010 at 2:16 pm

    Assalamu ‘alaikum wr. wb,
    Saya mencoba mengumpulkan hadits-hadits tentang takwa untuk lebih mengenal apa sih takwa? di link:

    http://www.4shared.com/dir/36033670/73f01d03/sharing.html

    mudah-mudahan bermanfaat

    Balas

  2. Posted by dedy on Juli 31, 2010 at 10:07 pm

    saya memaknai takwa dari sudut esoteris (batiniyah):
    Takwa adalah sikap untuk selalu waspada (awas) terhadap gerak-gerik syaitan (pikiran dan ego) yg merintangi pembebasan kita untuk bersatu dengan Allah

    Balas

Berikan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

Ikuti

Get every new post delivered to your Inbox.

%d blogger menyukai ini: